Khamis, 17 Mac 2011

kuih lapis

bahan-bahan
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan santan

cara-cara
1.campur semua bahan
2.kacau rata dan tapis
3.bahagikan kepada 2 bahagian
4.masukkan warna pertama,kukus lebih kurang 5 minit
5.masukkan warna kedua,kukus lebih kurang 5 minit
6.ulang langkah 4 dan 5 sehingga bancuhan habis


Selasa, 15 Mac 2011

koci labu

Bahan-bahan ( 20 biji )

  • Untuk Pastri
  • 150gm tepung pulut
  • 150gm labu
  • Untuk Dadih
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar tepung beras
  • Sedikit garam
  • Untuk inti
  • 1 biji kelapa parut (kelapa yang agak muda - guna yang putihnya sahaja)
  • 1 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula putih
  • 1/2 cawan kacang hijau (direbus - ni optional kalau x suka x payah letak)
  • Daun pisang untuk membungkus

Cara-cara

  1. Daun pisang - lap bersih. Potong anggaran 4" x 4". Selepas potong salai daun pisang.
  2. Untuk pastri - bersihkan labu. Rebus labu sehingga empuk. Kemudian lenyekkan labu dan uli dengan tepung pulut (macam buat kuih koci biasa)
  3. Untuk inti - Didih gula merah dengan sedikit air. Tapiskan gula merah. Dalam periuk masukkan gula merah, gula pasir, kelapa parut dan masak sehingga sebati. Sebelum padamkan api, masukkan kacang hijau yang telah direbus dan kacau lagi. Inti siap.
  4. Biasanye kak ogy akan biar inti sejuk kemudian bulat2kan inti kecil2. Anggaran duit 20 sen supaya mudah untuk diletakkan atas pastri dan bungkus pastri.
  5. Untuk dadih - masukkan santan, tepung beras dan sedikit garam. Masak sehingga mendidih. Kemudian letak dadih dalam bekas besar.
  6. Jerangkan air dalam periuk hingga mendidih. Ambil sedikit pastri, leperkan, letakkan inti kelapa dan bulatkan pastri. Kemudian masukkan kuih kedalam air mendidih dan rebus sehingga timbul (macam buat kuih buah melaka). Angkat kuih dan masukkan kedalam dadih. Buat sehingga habis.
  7. Dah siap rebus kuih, gunakan sudu ambil sebiji kuih dan sedikit dadih dan bungkus kuih koci labu sehingga habis.
  8. Kata-kata dari Kak ogy. Dadih jangan masak terlalu pekat. Kalau terpekat tambahkan dengan sedikit air panas dan kacau. Gambar yang kak ogy tempelkan dadihnyer terpekat sbb buat banyak orang order untuk kenduri 500 biji. Berpinau mata membuatnya.

 

Isnin, 14 Mac 2011

bingka ubi kayu (:

1200 gram ubi kayu yang telah diparut dan diperah kanjinye.
air dari perahan tadi jangan terus dibuang.
biarkan 20 min di dlm mangkuk @ besen.
setelah itu tuang air perahan tadi perlahan2 dan kita akan dapati sagu ubi kayu.
200 gram gula melaka
1 cawan gula pasir
6 sudu besar tepung ubi
2 cawan air
2 1/2 cawan santan
1 sudu teh garam
1 biji telur

cara-cara
1. panaskan gula melaka ,gula pasir dan 2 cawan air
2. panaskan santan(berasingan)
3. setelah gula tersebut hancur(masih panas),tuangkan ke dalam ubi tadi.kacau
4. setelah rata,masukkan tepung ubi,garam dan telur.kacau lagi sehingga sebati
5. masukkan santan(masih panas)ke dalam adunan tadi.gaul rata
6. sementara itu, panaskan acuan bingka yang telah disapu minyak
7. tuangkan adunan tadi ke dalam acuan.bakar dengan suhu 180 drjh celcius selama 1 jam sehingga masak

Ahad, 6 Mac 2011

Apam Eno

bahan2
1cwn nasi sejuk cmpur dgn ragi...dismpan semalamam (jdkan tapai nasi)
1cwn gula pasir
1 peket tpg beras(cap teratai)
21/2cwn air
2sdb eno
cara2
blend semua bhn2.... perap 6 jam....dah perap 6jam baru masukan eno n pewarna..klau suka
panaskan kukusan ...bila air dah mendidih barulah msukan adunan td...kukus 15min jika menggunakan acuan kecil2

Jumaat, 4 Mac 2011

Apam pisang coklat


2cwn tpg gndum ...2sdb koko....1sdt soda bikerbonet..1sdt b.powder(diayak semuanya)....1cwn pisang dilecek...1cwn myk..1cwn gula perang...2biji telur...1/2cwn susu segar...pukul telur + gula hingga sebati..msukan myk dan susu pukul lagi hingga sebati...msukan tpg dan gaul rata...msukan dlm acuan...siap utk dimsk...(sblum dikukus pastikan air dlm kukusan sudah mendidih)

Khamis, 3 Februari 2011

tako:)

macaronni:))

Bahan-bahan ( 5-6 org )


macaroni (tak kisah saiz) direbus dgn sedikit minyak
bawang merah kecil
bawang putih
cili kering
daging dipotong kecil dan nipis
udang saiz sederhana
kobis
lobak potong nipis memanjang
tomato sos
telur
garam


Cara-cara 1.tumis bawang merah,bawang putih dan cili kering yang telah diblend. 2.sesudah agak garing,masuk daging dan udang.jika mahu ganti dgn ayam pun boleh.ikut selera masing2. 3.setelah masak daging dan udang,masukkan kobis dan lobak. 4.kemudian masuk tomato sos dan garam 5.pecah telur dan gaul. 6.akhir sekali, masukkan macaroni.gaul.kalau kurang rasa tambah garam dan tomato sos atau jika suka cili sos. 7.hiaskan dengan daun bawang.sedap dimakan dengan bawang goreng dan parutan keju(cheddar cheese)