Isnin, 14 Mac 2011

bingka ubi kayu (:

1200 gram ubi kayu yang telah diparut dan diperah kanjinye.
air dari perahan tadi jangan terus dibuang.
biarkan 20 min di dlm mangkuk @ besen.
setelah itu tuang air perahan tadi perlahan2 dan kita akan dapati sagu ubi kayu.
200 gram gula melaka
1 cawan gula pasir
6 sudu besar tepung ubi
2 cawan air
2 1/2 cawan santan
1 sudu teh garam
1 biji telur

cara-cara
1. panaskan gula melaka ,gula pasir dan 2 cawan air
2. panaskan santan(berasingan)
3. setelah gula tersebut hancur(masih panas),tuangkan ke dalam ubi tadi.kacau
4. setelah rata,masukkan tepung ubi,garam dan telur.kacau lagi sehingga sebati
5. masukkan santan(masih panas)ke dalam adunan tadi.gaul rata
6. sementara itu, panaskan acuan bingka yang telah disapu minyak
7. tuangkan adunan tadi ke dalam acuan.bakar dengan suhu 180 drjh celcius selama 1 jam sehingga masak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan